Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 1-Apr-2009 12:01
AFTERMATH
Musnahnya wakaf bersejarah di Pasir Puteh

WAKAF TUAN FERRER

Apabila jiwa dirasuk syaitan,
Apabila otak sudah biul,
Apabila akal sudah melayang,
Apabila nafsu menguasai diri,
Apabila dadah, pil kuda, ectascy menjadi hidangan lazat.....
Wakaf bersejarah ini menjadi mangsa!





Wakaf Tuan Ferrer mempunyai nilai sentimental tersendiri bagi penduduk jajahan Pasir Puteh, Kelantan walaupun ia tidak berfungsi sebagai wakaf seperti kebiasaan wakaf-wakaf lain yang berselerak di Kelantan. Wakaf ini terletak di tengah-tengah bulatan (round about) di permulaan jalan P Puteh - Machang, bersempadan dengan Kg. Kelubi. Walaupun satu bulatan lain telah di bina di sempadan Kg Kelubi - Kg. Surau di jalan yang sama, ia tetap tidak sama dengan wakaf yang satu ini.

Wakaf Tuan Ferrer adalah mercu tanda Pasir Puteh. Bagi penduduk yang tinggal sepanjang jalan P Puteh Machang, wakaf ini adalah umpama sempadan yang memisahkah bandar Pasir Puteh dengan kampung Kelubi. Aku masih ingat lagi masa aku kecil. Jarak rumah aku dari P Puteh cuma 10 km saja atau 10 minit perjalanan dengan bas. Tapi budak kecik ni 10 minit rasa macam sejam. Setiap kali pergi ke pekan rasa penat naik bas. Sebaik sahaja nampak Wakaf Tuan Ferrer, rasa lega dan gembira kerana dah sampai ke P Puteh. Walaupun bandar P Puteh kecil sangat masa tu, tapi ia adalah nadi kehidupan penduduk jajahan tersebut. Masa aku kecik dulu nak pergi pekan sekali sebulan pun susah. Sekarang, bila balik kampung, hari-hari pun aku boleh pergi. Antara nak atau tidak.

Tuan Ferrer adalah seorang pegawai Inggeris yang bertugas sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh pada zaman penjajah. Mengikut cerita yang aku dengar daripada orang-orang tua, beliau sangat baik hati dan sangat disenangi oleh penduduk Pasir Puteh. Kira-kira macam Frank Swettenham di Selangor yang terkenal tu la. Sebagai mengenang jasa baiknya sebuah wakaf dibina sebagai tanda ingatan.

Aku tidak bermaksud mengagungkan penjajah. Kalau pun tak suka nama orang putih kapir tu tukar la nama. But, the wakaf must stay. Itu lah satu-satunya tempat bersejarah di bandar Pasir Puteh yang aku tahu. Tok Janggut, walaupun orang Pasir Puteh, jenazahnya dikebumikan di Kota Bharu. Apa lagi yang boleh dibanggakan.

Pada malam 12 Mac 2009 yang lepas, seekor manusia berjiwa binatang, sedang khayal di bawah pengaruh pil kuda, dan memandu kereta, merempuh pagar wakaf ini seterusnya menghentam wakaf ini. Lalu ranap sama sekali. Mengikut riwayat daripada adik aku, manusia celaka itu dikenali sebagai Cikgu Pil Kuda! Apa jenis cikgu pun aku tak tahu.

Aku tak dapat pastikan sama ada pihak PBT akan bina kembali wakaf lain di situ atau tidak. Kalau pun dibina ia bukan lagi Wakaf Tuan Ferrer, dan tak akan mempunyai nilai sentimental dan sejarah seperti Wakaf Tuan Ferrer.

Dalam perkembangan terbaru, sepanjang jalan dari tapak Wakaf Tuan Ferrer menghala ke Masjid Ibrahimi dan kawasan sekitar telah menjadi tapak baru pasar minggu Pasir Puteh setiap hari khamis dari pukul 7 am hingga 5 pm.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016