Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 26-Nov-2008 07:14
MENTERI BESAR KELANTAN
MENTERI BESAR KELANTAN YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

21 Oktober lepas genap 18 tahun Tok Guru Nik Aziz menjadi MB Kelantan. Sepanjang 18 tahun tiada siapa boleh menggugat beliau di kerusi tersebut. Nuar Musa, Tok Pa, Awang Adek semuanya tersungkur dek kerana kesombongan, rasuah dan "peel huduh" masing-masing.

Walaupun dah 18 tahun jadi MB, aku hanya baru sekali sempat mendengar kuliah pagi jumaatnya secara live dari lokasinya depan Pejabat Pas Kelantan. Aku mengambil cuti 2 hari berturut-turut sebelum bermulanya cuti sekolah iaitu Khamis dan Jumaat. Tujuannya nak makan angin dengan bini aku sebelum balik ambik anak aku Anas di P Puteh. Cadangnya nak gi Perdana Stong Resort, tapi jauh. Kemudian nak singgah di Tasik Pergau, tapi payah perhubungan. Kena naik bot dll. Leceh. Last sekali ke Kota Bharu je la. Alang-alang di Kota Bharu pada pagi Jumaat aku ajak bini aku ke kuliah pagi jumaat Tok Guru. Dia kata ok je. Dia pun nak tengok rasa sendiri suasana yang sebelum ni hanya dengar cakap orang je.



Suasana jalan di sekitar tempat Tok Guru bagi kuliah. Khemah berniaga lebih banyak daripada khemah untuk hadirin. Kat Kelantan memang macam tu. Dah jadi tabiat orang Kelantan, suka ambil kesempatan berniaga tempat tumpuan orang ramai termasuklah tempat orang ngajar hari Jumaat. Malah tempat banjir pun ada yang ambik kesempatan. Ye la, bila banjir ramai yang datang tengok dan main air. So, ada la yang ambik peluang cari rezeki.



Jalan antara Ansar Inn dan Hotel Raudhah (ex-Hotel Ansar) pun turut jadi mangsa minat rakyat Kelantan berniaga.


Pentas utama, rostrum tempat Tok Guru berkuliah.



Technicians sedang sibuk mempersiapkan pentas sebelum kehadiran penceramah.


Sesi pertama. Aku pun tak kenal siapa penceramah. Kurang menarik penyampaiannya, lebih banyak baca kitab daripada mengulas. Seingat aku dia bagi kuliah tafsir surah al-Imran ayat mengenai perang Uhud.

Orang yang mendengar pun aku nampak kurang berminat, tak bagi perhatian sangat. Riuh rendah orang berniaga menenggelamkan suaranya. Ada sentuh sikit pasal politik Pas-Umno walaupun tak sebut terang-terangan nama2 parti tersebut. Walaupun kurang menarik banyak juga ilmu yang aku dapat.


Akhirnya tiba orang yang ditunggu-tunggu. Sebaik saja Tok Guru tiba susana riuh-rendah makin lama makin berkurangan dan akhirnya lenyap. Semua fokus pada Tok Guru. Para juru gambar pun ambik kesempatan ambik gambar termasuklah yang amatur macam aku ni untuk fotopages ni.



Tok Guru berjalan menuju ke pentas. Tok Guru dah bertongkat. Husam, bersedialah untuk ambik alih.



Bersedia untuk bagi kuliah.


Khemah tak cukup, terpaksa bentang surat khabar. Yang pakai tudung nampak jambul pun bersemangat nak dengar kuliah. Semoga jambul tu akan tertutup suatu hari nanti.


Kanak-kanak pun datang.


Sanggup berdiri sebab tak cukup khemah semata-mata nak dengar suara Tok Guru.


Khemah orang lelaki.


Khemah orang perempuan.



Kereta rasmi Tok Guru.


Kaki lima kedai pun boleh.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016