Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 14-Oct-2008 03:17
BAZAR RAMADHAN PASIR PUTEH
Sedapnya makanan kat negeri aku!

Aku dah pergi ke bazar ramadhan di banyak negeri terutamanya Perak, KL, dan Selangor. Kadang2 satu jam aku pusing, last-last beli satu jenis kuih atau lauk je. Bukan takde duit, tapi tak menarik selera aku. Tapi bila aku pergi bazar ramadhan Pasir Puteh baru-baru ni..fuh..tak cukup duit nak beli. Semua sedap....aaarrrrggghhh...Bila la aku boleh balik menetap di negeri kesayangan aku ni.

Lokasi: Depan Masjid Ibrahimi (Masjid Daerah), tapak bandar baru PP.


Ayam percik, ikan percik, sup gear box, solok lada, ayam kerutuk, ayam kampung goreng dll....fuh. Menggoda.

Note: Ayam percik yang dijual disini dibakar sepenuhnya dari awal bukan seperti yang dijual di Perak (oleh orang Kelantan juga) yang direbus dahulu supaya empuk. Kemudian dibakar beberapa minit bersama kuahnya sebagai syarat. Orang Perak boleh la depa tipu, tapi orang Kelantan totok macam aku mintak maaf la...tengok pun dah boleh detect asli ke ciplak.


Dalca (tak sama dengan dalca kat Perak), perut (air asam bukan kerabu), kari terung..macam2 adaaa...


Belda, buah mulo, kosu, seri kaya...check out your sugar level in your blood before you consume these foods.

Translation: Belda = agar-agar, buah mulo (buah melaka, onde2).


Lagi kuih2 yang manis. Kat Kelantan ramai orang kencing manis.


Murtabak..aahh..dah biasa. Kat Perak pun berlambak. Tapi tengok la saiznya. Harganya? RM1 je. Don't believe it? Believe it now. (Tiru Superman dalam Ripley's Believe It or Not)


Ayam golek. Kat mana2 pun ada. Tapi kat sini murah seringgit berbanding Ipoh.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016