Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 8-Oct-2008 09:15
MASJID JUBLI PERAK
Masjid Tiga Budaya

erletak di Rantau Panjang, Kelantan. Idea Tok Guru MB Nik Aziz. Belum siap tapi dah ramai teruja nak solat di sini termasuklah aku. So, pada 4 Syawwal/ Oktober lepas aku sempat singgah on the way balik Ipoh untuk solat zuhur dan asar jama'.

Masih banyak yang belum siap. Tandas, bilik air dll. Nasib baik tempat wuduk boleh digunakan walaupun tak siap. Pada bulan ramadan lepas, Tok Guru ada pergi solat terawih kat sini berimamkan seorang imam dari China. Pihak pengurusan ada menyediakan beberapa tikar lama untuk orang yang teruja sangat nak solat.

Dikenali dengan masjid 3 budaya kerana mengandungi unsur-unsur budaya melayu, cina dan india. Tapi apa yang aku nampak budaya cina lebih dominan. Seorang pengunjung kanak2 bertanyakan kepada nenenknya, “ ni masjid orang cina ke?”.



Pandangan dari hadapan


Menara. Aku pun heran, atas dah siap, tapi tapaknya belum siap. Macamana diorang buat hah?


Pintu masuk utama


Pintu masuk utama dari sisi. Jelas kecinaannya.


Mihrab. Bahagian depan (dalam). Tempat imam.


Bahagian atas (dalam). Interior designnya sangat cantik.


Koridor, bahagian luar tepi dewan solat.


Tandas. Aku pun tak tahu lelaki punya ke pompuan. Moga2 kebersihannya sentiasa terjaga nanti. (Orang Kelantan ada masalah jaga tandas. Tandas masjid pun kotor!)


Aiiikkk....dia ni pun nak solat jugak ke?!..Mudah-mudahan solatnya diterima dan boleh mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar...Amin..

© Pidgin Technologies Ltd. 2016