Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 21-Jul-2008 06:28
Last day in ......
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT AKU BERTEMU JODOH
Pada 16 Julai 2008 bermulalah tugas aku di tempat baru, salah sebuah IPG di Malaysia. Macam biasala...ada majlis perpisahan. Aku dijemput untuk memberi ucapan. Maka buat pertama kali dlm sejarah 7 tahun tolak 2 minggu aku ditempat lama, aku berdiri di atas pentas di dataran perhimpunan untuk memberi ucapan buat kali pertama dan terakhir! ha ha ha.... Ada rakan2 setugas kata aku tak pernah bercakap depan budak.. Takpelah...Allah maha tahu apa aku buat selama 7 tahun jadi warden di sekolah tersebut. Dosa pahala tuhan yang tentukan bukan mereka.
Biasa kalau cikgu pindah ucapannya bernada sayu dan sedih, tapi ucapan aku diiringi dengan gelak ketawa oleh pelajar2 dan guru2.
Antara isi kandungan ucapan aku:
- tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat aku tempat aku bertemu jodoh (kah kah kah..)
- kepada pelajar yang pernah aku tampar, sepak, terajang...jangan harap saya nak mintak maaf.
Anggaplah anda sebagai seorang yang bertuah kerana bukan semua orang dapat merasa buah
tangan saya. Moga dengan buah tangan tersebut anda akan jadi manusia berguna suatu hari
kelak.



Ucapan pertama dan terakhir di perhimpunan pagi.



Bergambar kenang-kenangan dengan pelajar2 kelas yang aku jaga.

Selepas itu aku sempat juga masuk kelas. Masa itu pelajar2 menengah atas tengah ujian topikal, menengah rendah belum lagi. Inilah sebahagian daripada suasana kelas yang sempat aku rakam.





Calon2 PMR 2008. Semoga berjaya!


Terpinga-pinga baru bangun tidur. Aksi tidur dah dirakam. Padan muka.




Calon2 SPM 2009. Ntah lah...tengah ujian topikal pun tidur....

© Pidgin Technologies Ltd. 2016